Ujibakat & Format My Starz LG (musim 1)

Tarikh & lokasi ujibakat

12 orang peserta telah terpilih dari kalangan lebih 1,530 orang peserta yang hadir pada sesi uji bakat yang dijalankan di enam lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Pahang dan Sabah. Berikut tarikh dan lokasi rasmi ujibakat;

LokasiTarikh
The Curve Mutiara Damansara, Kuala Lumpur19-20 Mei 2007
Penang Gurney Plaza, Pulau Pinang23-24 Mei 2007
JB City Square, Johor Bahru, Johor26-27 Mei 2007
Tun Jugah Shopping Mall, Kuching, Sarawak26-27 Mei 2007
Kuantan Parade, Pahang30-31 Mei 2007
Center Point Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah2-3 Jun 2007

Format rancangan

MyStarz LG ialah salah satu rancangan realiti baharu di Malaysia. Objektif program ini adalah untuk mencari bakat baharu dalam industri muzik. Sebagai rancangan realiti yang lain, MyStarz juga mahu menjadi berbeza dengan yang lain, dan sejujurnya mereka benar-benar berbeza. Nak tahu, jangan ketinggalan menonton MyStarz di TV 3 dan NTV 7.

Format permarkahan & undian

Setiap peserta diberi pendedahan pembelajaran vokal, persembahan serta semua aspek yang akan memantapkan mereka sebagai bintang baru termasuk format undian SMS yang menyaksikan hanya 40 peratus undian SMS dan 60 peratus lagi dinilai juri.